Saya telah ke SIGMA 4 pada 27 September 2014 di USIM yang bertemakan Akidah dan Cabaran Pemikiran Islam Semasa.Dalam seminar tersebut telah mengupas isu-isu semasa dan antarabangsa berkaitan Akidah, Pemikiran Islam, Tasawwuf, Perbandingan Agama, dan isu kemasyarakatan. Semoga semua dirahmati Allah.
Akidah jitu, ummat berpadu!
Friday, 26 September 2014
Himpunan Solidariti Ummah 2014
Beberapa video yang di sediakan oleh ISMA TV
13 September 2014 Perjuangan belum selesai. Jom terus bantu Gaza dan seterusnya bebaskan Palestin..Saya telah menyaksikan sendiri ke semua Forum dan Ucapan Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas Dr. Osma Hamdan, Tan Sri Zaman Khan Penasihat Bulan Kemarahan Ummah, Pengerusi Esekutif Aman Palestin HSU 2014serta persembahan daripada Duta Palestin iaitu Heliza Helmi dan Farah Deeba dan juga persembahan Nasyid dari Feetya & Waed Band dll.
Forum Palestin-Malaysia Sehati Sejiwa
Ucapan Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas
Ucapan Tan Sri Zaman Khan
Ucapan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin HSU 2014
Sajak oleh Farrah Adeeba dan Heliza Helmi
Persembahan Waed Band
Persembahan nasyid FETYA
Sajak Palestin oleh pelajar USIM
Monday, 22 September 2014
HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH
Sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia untuk perjuangan di Gaza
Alhamdulillah, walaupun perjalanan masih panjang, tetapi tanggal 13 September 2014 di Stadium Tertutup Nilai saya berada di sana dan telah menyaksikan sendiri dan telah membuktikan lebih 20,000 umat Islam Malaysia mampu bersatu. Kita berdoa semoga ianya menjadi momentum bagi kita mencapai kesatuan-kesatuan pada masa akan datang dalam isu-isu kepentingan umat Islam yang lain.
##Saya bangga sama Malaysia tak pernah berhenti untuk menyokong Gaza..
Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan, biarlah masa yang menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerana itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya.