SAYA SUKA EDIT GAMBAR....
Mengedit gambar adalah hobi saya di masa lapang..saya ni suka sangatlah edit gambar..kenapa erk?nak kata kreatif taklah juga saya ni..
Monday, 4 February 2013
PHOTO EDITOR
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Jalan-jalan di bandar Melaka bersejarah...Saya dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya..Tapi kali ni saya nak tunjuk beberapa keping gambar yang saya SNAP masa di Bandar Melaka..ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pula kan..
Nama Melaka sudah tidak asing lagi sejak pembukaannya oleh Parameswara
pada tahun 1400. Ia mendapat nama dari peristiwa anjing Parameswara yang
ditendang oleh seekor pelanduk lalu tercampak ke dalam sebatang sungai.
Parameswara berkenan menamakan tempat itu sempena nama sebatang pokok
bernama pokok melaka di mana baginda berehat dan
menyaksikan peristiwa aneh tersebut. Sejak dari baginda terus mendirikan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ditakluki Portugis pada
tahun 1511.
Melaka sudah jauh berbeza dari sepuluh tahun yang lalu. Pembangunan pesat
Bandaraya Melaka menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.
Friday, 1 February 2013
Lensa Camera..Antara Rezeki dan Keberkatan
http://
Bismillahirrahmanirrahim...
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)
Assalamualaikum semua..selamat datang ke blog fotografi saya..
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)
Assalamualaikum semua..selamat datang ke blog fotografi saya..
Saya minat fotografi, gambar melambangkan kesenian, gambar juga
kadang-kadang buat saya jadi tenang, jiwa yang duka boleh jadi gembira
bila tengok gambar. Dunia fotografi adalah tidak asing lagi bagi saya.Tapi
disebalik dunia fotografi kita perlu titikberatkan bermacam-macam aspek, walaupun dunia fotografi boleh dijadikan sumber pendapatan. Antara
aspek yang penting sekali adalah dari segi keberkatan.
Mengikut kata Ustaz Azhar Idrus, "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.". Saya sangat setuju dengan pendapatnya. Dengan kamera atau kamera yang famous
sekarang DSLR boleh mendatangkan pahala mahupun dosa kepada penggunanya. Kita harus menggunakan kecanggihan yang ada dengan cara
berhemah.
Kenapa saya kata boleh mendatangkan pahala,
dengan kamera kita boleh dapat pahala jika gambar yang kita ambil boleh
menyedarkan manusia yang alpa, boleh menunjukkan kebesaranNya, boleh memberi satu ilmu kepada manusia, contohnya kita ambil gambar pemandangan
alam ciptaanNya, gambar kita mungkin menjadi ketenangan kepada
sesetengah orang,siapa tahu kan.
Kenapa pula saya kata boleh mendatangkan dosa, Dosa
sebenarnya senang saja kita buat tanpa kita sedar, sebagai peringatan
untuk diri saya juga, saya perlu berhati-hati bila mengambil gambar. Seorang
photograper perlu ambil berat gambar yang di capture, kita cari rezeki
untuk mendapatkan keberkatan dariNya. Kita perlu tegas bukan ikut
nafsu, nauzubillah..
Semoga apa yang disampaikan boleh dimanfaatkan oleh diri saya dan orang
lain, yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan
sempadan.
Wassalam..
rosenyda
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)
































