Sunday, 24 March 2013

















PULAU PERHENTIAN KECIL, BESUT TERENGGANU

Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kalau nak pergi, anda boleh mengambil bot laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut, Besut.

Memang tidak dinafikan Perhentian merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran. Cantik sangat-sangat. Air pun jernih tak yah nak cakap, nampak ikan bermain di dalam air.

Monday, 4 February 2013

PHOTO EDITOR
































SAYA SUKA EDIT GAMBAR.... Mengedit gambar adalah hobi saya di masa lapang..saya ni suka sangatlah edit gambar..kenapa erk?nak kata kreatif taklah juga saya ni..

Edit-edit..tapi bukan edit benda lain..tapi edit gambar..tak kira la gambar events apa pon..ada masa ke..xde masa ke..edit tetap edit..Gambar ni semua hasil daripada tangan saya sendiri..so simple tapi menarik juga la..hehe..

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH












Jalan-jalan di bandar Melaka bersejarah...Saya dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya..Tapi kali ni saya nak tunjuk beberapa keping gambar yang saya SNAP masa di Bandar Melaka..ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pula kan..

 Nama Melaka sudah tidak asing lagi sejak pembukaannya oleh Parameswara pada tahun 1400. Ia mendapat nama dari peristiwa anjing Parameswara yang ditendang oleh seekor pelanduk lalu tercampak ke dalam sebatang sungai. Parameswara berkenan menamakan tempat itu sempena nama sebatang pokok bernama pokok melaka di mana baginda berehat dan menyaksikan peristiwa aneh tersebut. Sejak dari baginda terus mendirikan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ditakluki Portugis pada tahun 1511.

 Melaka sudah jauh berbeza dari sepuluh tahun yang lalu. Pembangunan pesat Bandaraya Melaka menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.