Jalan-jalan di bandar Melaka bersejarah...Saya dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya..Tapi kali ni saya nak tunjuk beberapa keping gambar yang saya SNAP masa di Bandar Melaka..ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pula kan..
Nama Melaka sudah tidak asing lagi sejak pembukaannya oleh Parameswara
pada tahun 1400. Ia mendapat nama dari peristiwa anjing Parameswara yang
ditendang oleh seekor pelanduk lalu tercampak ke dalam sebatang sungai.
Parameswara berkenan menamakan tempat itu sempena nama sebatang pokok
bernama pokok melaka di mana baginda berehat dan
menyaksikan peristiwa aneh tersebut. Sejak dari baginda terus mendirikan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ditakluki Portugis pada
tahun 1511.
Melaka sudah jauh berbeza dari sepuluh tahun yang lalu. Pembangunan pesat
Bandaraya Melaka menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.













No comments:
Post a Comment